Selamat Hari Ibu kepada semua ibu di luar sana....
special wish to my Mother : Selamat Hari Ibu Mama....
dialah yang faham kehendak anaknya,
dialah yang tahu kemahuan anaknya,
dialah yang mengerti hati anaknya.
dialah kawan terbaik
dialah pendengar terbaik
dialah chef terbaik
dialah doktor terbaik
Semua demi anaknya.
disebalik panggilan telefon dia tahu anaknya menangis
disebalik hari jadi dia buatkan kejutan
disebalik kejayaan dia berikan penghargaan
disebalik kejatuhan dia beri kata semangat
Dialah IBU
Dialah MAMA
Dialah UMI
Dialah WANITA TERBAIK BAGI ANAKNYA.
love you mama....
although i'm not able to make you happy with my result this few years, but I always try the other way to make you smile.
although I'm not calling you every day, but I always miss you
although I'm not coming back home frequently, but I always miss to meet you.
although you not read this, but I hope I'm able to express my feeling towards you.
LOVE...
Sunday, 10 May 2015
Wednesday, 1 October 2014
a guy....
guy....bukan gay ok...hehe...
salah satu faktor yang membuatkan saya berasa janggal untuk berkawan dengan lelaki adalah mungkin disebabkan pengaruh senior perempuan di sekolah saya pada ketika itu yang kalau boleh tidak mahu kami yang 'junior' lalu di hadapan kelas mereka, kerana majoriti pelajar di sekolah itu adalah lelaki.
sehingga ke hari ini, saya susah untuk bercakap dengan lelaki jika bukan atas urusan penting seperti belajar atau kerja. di uni pun, masuk tahun ke-2 baru saya banyak sikit bercakap dengan classmate lelaki. pada tahun pertama, saya hanya bercakap dengan beberapa orang sahaja classmate lelaki, selebihnya, jika berselisih di luar kelas saya hanya akan senyum.
satu perangai saya, saya tidak suka untuk digosipkan dengan mana-mana lelaki....kerana gosip itu akan menyebabkan lama-lama, hati saya akan ter'suka' pada lelaki itu (dah terjadi beberapa kali....pfff). jadi sekarang ini, jika ada timbul gosip, saya hanya akan diam, tanpa mengia atau menidakkan perkara itu. kerana jika saya menidakkan perkara itu, mereka akan lebih membuat cerita gosip itu.....
perangai lain saya, kalau saya admire (sekadar suka-suka) seseorang lelaki, saya hanya akan "stalk" dia. jika di media sosial saya hanya buka dan baca profil dia tanpa add as friend atau follow mereka.
Wednesday, 17 September 2014
kenapa
last week sibuk sikit sebab baru masuk rumah sewa sebab lambat sangat dapat keputusan rayuan kolej....huhu....tu yang terbiar sekejap...tapi saya cuba sekerap yang mampu untuk update entry dalam blog ini. almaklum bila dah masuk rumah sewa, nak kena kemas barang semua, pulak tu, masa masuk, owner tak provide wordrobe....masuk rumah hari Rabu, hari Jumaat baru sempat pergi beli wardrobe....huhu....boleh lah untuk simpan semua pakaian yang ada.....
ehhh....kejap.....
sebenarnya bukan nak cerita pasal masuk rumah pun....terpanjang pulak mukadimah cerita....haha...
ok, kenapa???
apa yang kenapa nya?
pelik dengan diri sendiri sebenarnya, sebab idea untuk perkara-perkara yang random, selalu datang bila kita tidak depan laptop. perkara itu bermain-main di fikiran pada waktu yang kita tidak bersedia (maksud tak bersedia, kita bukan dalam mood menulis/menaip).
tapi, bila kita dah di hadapan laptop dan bersedia nak bercerita, idea itu tidak datang ataupun kita tak mampu nak ingat dengan jelas idea yang pernah datang pada kita. hurm....
sebab tu tak mudah menjadi penulis sebenarnya, *nasib baik lah tak amik bidang penulisan...lol* tapi sebab ada minat tu sikit, jadi masih mampu menulis, walaupun tidak kerap. dulu zaman sekolah, bahasa melayu penulisan tu subjek kira minat lah jugak....tapi bila dah sambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, dah tak reti dah kalau suruh buat karangan, sebab tak ada subjek karangan lagi..haha....
Monday, 1 September 2014
Love story - Part 1
disebabkan blog ni tak ada yang aku kenal as reader, dan korang pun tak kenal aq siapa, so aku nak share cerita masa aku zaman sekolah.....hehe...
haha.....saja nak share cerita love story aku....ni bukan love story yang couple2 tu ea, ni lebih pasal macam mana aku tertarik pada seseorang, tapi keep in myself..... sebab pada aku, pada usia yang masih belajar dan bergantung hidup pada ibu bapa ni, aku tak layak lagi nak bercinta. memanglah naluri hidup manusia ingin merasai dicintai dan mencintai. tapi study perlu diutamakan.
Alhamdulillah, aku dah hidup masuk 20 tahun, so ada lah beberapa love story.... aku tak kisah nak share story ni pasal realitinya aku tak bercinta pun, ianya sekadar admire atau utusan cinta dari sang pria sahaja.
untuk yang 1st part ni, aku nak share pasal ada sorang budak lelaki yang suka aku masa darjah 4. Hamboi, kecik-kecik lagi dah sebok nak bercinta, belajar ntah ke mana nanti.
budak tu sebenarnya kembar, salah seorang kembar tu, si A, dia bagi tahu kawan baik aku masa darjah 4 tu, Diana yang dia suka aku....What??? dan kami berempat, (2 orang budak kembar, kawan aku, dan aku) adalah sekelas pada masa tu.
masa zaman tu, *zaman??? macam dah lama sangat jerk...* tengah famous lagu kumpulan Ruffedge dan V.E. dan disebabkan prinsip aku yang tak nak bercinta masa belajar, *amboi, kecik2 dah ada prinsip tau* so aku paskan kat Diana serangkap lirik lagu dari salah satu lagu antara 2 kumpulan tu untuk menolak cinta si A tu..... *nampak kreatif tak aku masa kecik...haha...lol *
zaman tu, masih pakai surat2 lagi.....so bila ada yang bercinta sibuk lah pas-pas surat cinta....
dan selepas dari insiden tu, aku tak bertegur secara rapat dengan budak tu lagi.....dan lagi pun bila masuk darjah 5, aku berpindah ke kelas lain, so dah tak jumpa dah dengan A dan kembarnya.....dan sekarang pun aku tahu apa yang terjadi dengan A.....huhu.....

Saturday, 30 August 2014
Jenama vs Harga
| Sumber dari Google |
Shooping....
perkataan yang disukai majoriti perempuan, termasuklah saya....weeee....
tapi setiap orang mempunyai pandangan tersendiri dalam pemilihan sama ada jenama menjadi pilihan atau harga menjadi penentu.
Kebanyakan yang mementingkan jenama sanggup berhabis duit untuk mendapat apa yang diidamkan, sehingga ada yang sanggup berikat perut untuk kumpul duit membeli barang idaman. Bagi yang berkemampuan ia bukanlah suatu masalah untuk membeli yang berjenama. Bagi yang mempunyai pendapatan yang sederhana tetapi ingin memiliki barangan berjenama perlu pandai mengurus perbelanjaan agar tidak hadapi masalah kewangan di kemudian hari.
Sebab lain jenama lebih menjadi pilihan adalah kerana kualiti yang lebih baik berbanding benda yang sama yang tidak memiliki jenama. Selain itu, bak kata pepatah 'alah membeli menang memakai', ini kerana barangan berjenama lebih tahan lama kerana kualiti produknya di jaga dan di kawal.
Harga yang lebih berpatutan menjadi pilihan sesetengan pembeli lain. tanpa mementingkan jenama, pembeli juga boleh mendapat barang keperluan atau keinginan mereka dengan harga yang sangat mampu milik. Walaupun dengan harga yang jauh lebih murah, jika pengguna bijak mencari, mereka mampu memiliki barangan tanpa jenama, tetapi mempunyai kualiti hampir setanding barangan berjenama.
Bagi saya sendiri saya mementingkan kedua-duanya, saya seboleh mungkin cari barangan berjenama tetapi dalam masa yang sama mempunyai harga yang saya mampu miliki. Tetapi sedikit pengecualian bagi kasut yang bakal digunakan hampir setiap hari seperti sandle atau kasut ke kelas, kerana saya jarang bertukar kasut, jadi saya perlukan kasut yang tahan lama. Walau bagaimanapun, saya sentiasa tetapkan limit harga barang yang saya ingin beli, agar tidak 'over budget'. Sebagai contoh, saya berhasrat ingin membeli kasut baru, dan saya tetapkan limit harga kasut yang saya ingin beli RM200, jadi ketika proses pencarian, saya akan fokus pada limit bajet saya dalam pada masa yang sama, kasut itu cantik di mata saya.
Jenama atau Harga semua bergantung pada pendapat masing-masing. yang penting kita tahu kemampuan kita.
Thursday, 28 August 2014
1st entry
Sebenarnya, ni blog yang ke-3 saya.....Miss A,
blog yang pertama, saya secara terbuka tunjuk diri saya, blog yang kedua saya jadikan medium share art work saya dalam bidang fotografi, tapi tak berapa aktif dah sebab dah jarang amik gambar. yang ketiga ni saya berhasrat kenalkan diri secara terbuka. perkongsian dalam blog ni ada perbezaan dengan blog2 sebelum ni. kalau nak tahu apa yang beza kenalah tunggu... ;)
haaa....mesti korang pelik kan kenapa url tu LURLENA.blogspot.com tapi perkenalkan diri sebagai Miss A. Lurlena tu nama yang saya guna dalam kelas bahasa yang saya ambil di Univesiti. A___ tu pula adalah nama panggilan saya.
sedikit tentang diri saya:
-seorang student di sebuah IPTA
-seperti yang tertulis si header, Budak Engine minat Fesyen.
-masih muda, belia, remaja...haha...
-masih bujang dan single :P
-berasal dari selatan Malaysia
-ingin dikenali sebagai Miss A (dalam blog ni....hihi)
p/s: ok sebelum menjadi terlebih poyo, baik chow dulu....hehe...bye

Subscribe to:
Comments (Atom)