Wednesday, 1 October 2014

a guy....

guy....bukan gay ok...hehe...

cerita pendek antara saya dan lelaki.....bermula tingkatan 4, saya bertukar ke sekolah berasrama....sejak dari itu, saya sangat susah untuk berkawan baik dengan kawan lelaki, baik yang sekelas ataupun tidak. saya bukan lesbian atau apa, cuma untuk berbual sakan, atau bergurau-senda dengan kawan lelaki, menjadi sangat pelik bagi saya. Padahal sebelum itu, saya tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan kawan lelaki ketika di sekolah lama, malah boleh berbual dan bergelak-ketawa bersama, bukan sekadar dengan mereka yang sebaya dengan saya, tetapi saya turut mempunyai kenalan lelaki dari kalangan yang lebih senior. Tetapi semua itu berubah apabila saya tukar ke sekolah baru di tingkatan 4.

salah satu faktor yang membuatkan saya berasa janggal untuk berkawan dengan lelaki adalah mungkin disebabkan pengaruh senior perempuan di sekolah saya pada ketika itu yang kalau boleh tidak mahu kami yang 'junior' lalu di hadapan kelas mereka, kerana majoriti pelajar di sekolah itu adalah lelaki. 

sehingga ke hari ini, saya susah untuk bercakap dengan lelaki jika bukan atas urusan penting seperti belajar atau kerja. di uni pun, masuk tahun ke-2 baru saya banyak sikit bercakap dengan classmate lelaki. pada tahun pertama, saya hanya bercakap dengan beberapa orang sahaja classmate lelaki, selebihnya, jika berselisih di luar kelas saya hanya akan senyum.

satu perangai saya, saya tidak suka untuk digosipkan dengan mana-mana lelaki....kerana gosip itu akan menyebabkan lama-lama, hati saya akan ter'suka' pada lelaki itu (dah terjadi beberapa kali....pfff). jadi sekarang ini, jika ada timbul gosip, saya hanya akan diam, tanpa mengia atau menidakkan perkara itu. kerana jika saya menidakkan perkara itu, mereka akan lebih membuat cerita gosip itu.....

perangai lain saya, kalau saya admire (sekadar suka-suka) seseorang lelaki, saya hanya akan "stalk" dia. jika di media sosial saya hanya buka dan baca profil dia tanpa add as friend atau follow mereka.


No comments:

Post a Comment