Saturday, 30 August 2014

Jenama vs Harga

Sumber dari Google

Shooping....
perkataan yang disukai majoriti perempuan, termasuklah saya....weeee....
tapi setiap orang mempunyai pandangan tersendiri dalam pemilihan sama ada jenama menjadi pilihan atau harga menjadi penentu.

Kebanyakan yang mementingkan jenama sanggup berhabis duit untuk mendapat apa yang diidamkan, sehingga ada yang sanggup berikat perut untuk kumpul duit membeli barang idaman. Bagi yang berkemampuan ia bukanlah suatu masalah untuk membeli yang berjenama. Bagi yang mempunyai pendapatan yang sederhana tetapi ingin memiliki barangan berjenama perlu pandai mengurus perbelanjaan agar tidak hadapi masalah kewangan di kemudian hari.

Sebab lain jenama lebih menjadi pilihan adalah kerana kualiti yang lebih baik berbanding benda yang sama yang tidak memiliki jenama. Selain itu, bak kata pepatah 'alah membeli menang memakai', ini kerana barangan berjenama lebih tahan lama kerana kualiti produknya di jaga dan di kawal.


Harga yang lebih berpatutan menjadi pilihan sesetengan pembeli lain. tanpa mementingkan jenama, pembeli juga boleh mendapat barang keperluan atau keinginan mereka dengan harga yang sangat mampu milik. Walaupun dengan harga yang jauh lebih murah, jika pengguna bijak mencari, mereka mampu memiliki barangan tanpa jenama, tetapi mempunyai kualiti hampir setanding barangan berjenama.


Bagi saya sendiri saya mementingkan kedua-duanya, saya seboleh mungkin cari barangan berjenama tetapi dalam masa yang sama mempunyai harga yang saya mampu miliki. Tetapi sedikit pengecualian bagi kasut yang bakal digunakan hampir setiap hari seperti sandle atau kasut ke kelas, kerana saya jarang bertukar kasut, jadi saya perlukan kasut yang tahan lama. Walau bagaimanapun, saya sentiasa tetapkan limit harga barang yang saya ingin beli, agar tidak 'over budget'. Sebagai contoh, saya berhasrat ingin membeli kasut baru, dan saya tetapkan limit harga kasut yang saya ingin beli RM200, jadi ketika proses pencarian, saya akan fokus pada limit bajet saya dalam pada masa yang sama, kasut itu cantik di mata saya.


Jenama atau Harga semua bergantung pada pendapat masing-masing. yang penting kita tahu kemampuan kita.









No comments:

Post a Comment