Wednesday, 17 September 2014

kenapa

last week sibuk sikit sebab baru masuk rumah sewa sebab lambat sangat dapat keputusan rayuan kolej....huhu....tu yang terbiar sekejap...tapi saya cuba sekerap yang mampu untuk update entry dalam blog ini. almaklum bila dah masuk rumah sewa, nak kena kemas barang semua, pulak tu, masa masuk, owner tak provide wordrobe....masuk rumah hari Rabu, hari Jumaat baru sempat pergi beli wardrobe....huhu....boleh lah untuk simpan semua pakaian yang ada.....

ehhh....kejap.....
sebenarnya bukan nak cerita pasal masuk rumah pun....terpanjang pulak mukadimah cerita....haha...

ok, kenapa???
apa yang kenapa nya?

pelik dengan diri sendiri sebenarnya, sebab idea untuk perkara-perkara yang random, selalu datang bila kita tidak depan laptop. perkara itu bermain-main di fikiran pada waktu yang kita tidak bersedia (maksud tak bersedia, kita bukan dalam mood menulis/menaip).

tapi, bila kita dah di hadapan laptop dan bersedia nak bercerita, idea itu tidak datang ataupun kita tak mampu nak ingat dengan jelas idea yang pernah datang pada kita. hurm....

sebab tu tak mudah menjadi penulis sebenarnya, *nasib baik lah tak amik bidang penulisan...lol* tapi sebab ada minat tu sikit, jadi masih mampu menulis, walaupun tidak kerap. dulu zaman sekolah, bahasa melayu penulisan tu subjek kira minat lah jugak....tapi bila dah sambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, dah tak reti dah kalau suruh buat karangan, sebab tak ada subjek karangan lagi..haha....

lukis sendiri guna Paint...lol

Monday, 1 September 2014

Love story - Part 1

disebabkan blog ni tak ada yang aku kenal as reader, dan korang pun tak kenal aq siapa, so aku nak share cerita masa aku zaman sekolah.....hehe...

haha.....saja nak share cerita love story aku....ni bukan love story yang couple2 tu ea, ni lebih pasal macam mana aku tertarik pada seseorang, tapi keep in myself..... sebab pada aku, pada usia yang masih belajar dan bergantung hidup pada ibu bapa ni, aku tak layak lagi nak bercinta. memanglah naluri hidup manusia ingin merasai dicintai dan mencintai. tapi study perlu diutamakan.

Alhamdulillah, aku dah hidup masuk 20 tahun, so ada lah beberapa love story.... aku tak kisah nak share story ni pasal realitinya aku tak bercinta pun, ianya sekadar admire atau utusan cinta dari sang pria sahaja.

untuk yang 1st part ni, aku nak share pasal ada sorang budak lelaki yang suka aku masa darjah 4. Hamboi, kecik-kecik lagi dah sebok nak bercinta, belajar ntah ke mana nanti.

budak tu sebenarnya kembar, salah seorang kembar tu, si A, dia bagi tahu kawan baik aku masa darjah 4 tu, Diana yang dia suka aku....What??? dan kami berempat, (2 orang budak kembar, kawan aku, dan aku) adalah sekelas pada masa tu.

masa zaman tu, *zaman??? macam dah lama sangat jerk...* tengah famous lagu kumpulan Ruffedge dan V.E. dan disebabkan prinsip aku yang tak nak bercinta masa belajar, *amboi, kecik2 dah ada prinsip tau* so aku paskan kat Diana serangkap lirik lagu dari salah satu lagu antara 2 kumpulan tu untuk menolak cinta si A tu..... *nampak kreatif tak aku masa kecik...haha...lol *

zaman tu, masih pakai surat2 lagi.....so bila ada yang bercinta sibuk lah pas-pas surat cinta....

dan selepas dari insiden tu, aku tak bertegur secara rapat dengan budak tu lagi.....dan lagi pun bila masuk darjah 5, aku berpindah ke kelas lain, so dah tak jumpa dah dengan A dan kembarnya.....dan sekarang pun aku tahu apa yang terjadi dengan A.....huhu.....